--> My Melody Kawaii

Jumaat, 21 Disember 2012

3,5&6 DISEMBER 2012(minggu 4)
Pada minggu ini,kami mempunyai tiga kali pertemuan .Pertemuan yang pertama pada 3 haribulan 12,pada pertemuan ini,kami telah membentangkan tugasan yang telah diberi oleh En.Wan pada minggu lepas iaitu,kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang. Dua kumpulan perempuan dan satu kumpulan lelaki. Kumpulan pertama yang bentang adalah kumpulan saya. Kami telah membentangkan tentang perbezaan mdel telefon bimbit motorola dan model sony xperia arc3. Kami telah menceritakan setiap sudut kelebihan dan kekurangan dua buah telefon bimbit ini. Kumpulan kedua pula,kumpulan pelajar perempuan,mereka telah membentangkan tentang model kamera yang lama dan model yang baru. Jadi,kami dapat mengetahui kelebihan atau perbezaan kamera dahulu dan sekarang. Selain kumpulan pelajar lelaki juga telah membentangkan tentang kamkoder,mereka telah menerangkan setiap spesifikasi model tersebut dengan terperinci. Tugasan ini amat bagus kerana kita dapat mengenal setiap model teknologi agar kita dapat menggunakan teknologi dengan sepenuhnya.

Pertemuan seterusnya pada hari rabu jam 2.00-3.00 petang,iaitu pada 5 haribulan 12. Pada pertemuan kali ini,kali telah mempelajari sesuatu yang sangat menarik,iaitu cara pemasangan perkakasan komputer. Terdapat dua cara pemasangan perkakasan komputer. Cara-caranya adalah seperti berikut:

1.CASING ==>POWER SUPPLY==>MAINBOARD===1.CPU+HEAT SINK+FAN
                                                                                            2.RAM(Random Access Memory)
                                                                                            3.KABEL MAINBOARD
                                                                                            4.KABEL MONITOR

2. MOTHERBOARD===1.HARD DISK+KABEL IDE/SATA+KABEL POWER
                                         2.CD/DVD ROM+KABEL IDE/SATA+KABEL POWER
                                         3.FLOPPY DRIVE+KABEL FDC+KABEL POWER
                                         4.KEYBOARD
                                         5.MOUSE

CARA MEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER DENGAN BETUL:




Video di atas telah menerangkan jenis perkakasan dan cara untuk memasang komputer.Setiap kali selesai sesi pemasangan,kita haruslah mengujinya terlebih dahulu sebelum menggunakan komputer.Jadi,selamat mencuba!!..^_^


Pada perjumpaan yang ketiga iaitu pada hari khamis,6 haribulan 2012,kami telah diajar tentang cara-cara mengenal pasti kerosakan yang juga dikenali sebagai trouble shooting.Terdapat pelbagai tanda-tanda untuk kita kenal  pasti sama ada komputer kita bermasalah atau tidak. Berikut merupakan perkakasan dan tanda-tanda rosaknya=
1--RAM=motherboard (mengeluarkan bunyi bip sebanyak 2 kali)
2--HARD DISK=tiada paparan skrin(kosong)
3--POWER SUPPLY=setelah tekan on,tiada apa-apa respon
4--KEYBOARD=berkelip-kelip setelah dipasang.
5--CPU=mengeluarkan bau yang hangit bermaksud sudah terbakar.
6--MONITOR=tiada paparan skrin(kosong).


Selain itu,kami telah belajar cara-cara installation windows:
komputer=Bios (skrin biru,tekan Del,F10,F9,F12)
              =Kena setting jujukan boot.Kita haruslah pergi pada cd rom,hard disk, external drive.                                            
              =akan terpapar jujukan boot dan tekan mana-mana kekunci.
              =prosesnya mengambil masa selama 1 jam.






Video diatas menerangkan cara-cara install window.Selamat mencuba!....

Seterusya kami diajar tentang cara install bahasa arab.Berikut adalah videonya dan selamat mencuba!...











Tiada ulasan:

Catat Ulasan