--> My Melody Kawaii

Ahad, 17 Februari 2013

MINGGU KE-13
 Minggu ini merupakan minggu terakhir dalam kelas gerko IT 2013.Kelas diadakan selama 2 jam iaitu dari jam 3-5 petang. Pada pertemuan kali ini,En. Wan bercadang untuk menentukan pemenang bagi pertandingan poster yang telah dianjurkan oleh beliau pada 2 minggu yang lepas. Hadiah yang ditawarkan sebanyak tiga kedudukan.Tempat pertama,kedua dan ketiga. Keputusan pertandingan ditentukan berdasarkan undian dari kami sendiri. Setiap orang boleh mengundi sebanyak 2 kali. Sebanyak 7 poster yang dipertandingkan. Sepatutnya 9 poster,tetapi disebabkan kelewatan 2 orang untuk menyiapkan poster tersebut,maka hanya 7 sahaja yang dipertandingkan....siapa agaknya yang mendapat tempat pertama,kedua mahupun yang ketiga?...hmmm....^-^

 En Wan telah memberi tugas kepada siti umairah samsudin sebagai juri pertandingan iaitu setelah kami mengundi poster. Setelah selesai mengundi,masa yang ditunggu-tunggukan telah pun tiba.....hehe.. dan keputusannya ialah....

 Tempat Pertama:RUZATUL ZUHAIRAH RASHIDI(PENDRIVE 16 GB)
 Tempat Kedua: ADIBAH IZZATI AS'AD (HEADPHONE)
Tempat Ketiga: NURUL AMIRAH BINTI HASSAN...sayalah orang nya....saya dapat mouse(intelli mouse optical)..cantik mouse tu...

 sebelum habis kelas,En Wan telah berpesan kepada semua untuk menyiapkan blog kerana pada minggu hadapan beliau akan mengambil markah setiap hasil kerja dalam blog..... Akhir sekali,,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Wan atas tunjuk ajar yang sangat bernilai buat kami sekelas.
Dan kami memohon kemaafan sekiranya sepanjang sem ini berlaku sebarang kesilapan dalam sesi pembelajaran gerko IT.

WASSALAM~






Isnin, 11 Februari 2013

MINGGU KE 12(6 FEB 2013)

Pada pertemuan kali ini,En. Wan telah memberi masa selama  2 jam kepada kami untuk mengubah atau mengemaskini semula bunting yang telah kami buat pada minggu lepas. Setiap design yang kami buat dalam bunting akan dikira,jadi...kami mestilah buat sehabis baik!..^_^...semuanya berjalan dengan lancar. Setelah  selesai bunting,En Wan telah meneliti hasil kerja kami dan mencatat markah masing-masing.

Sebelum mengakhiri pertemuan kali ini,En Wan telah memberitahu bahawa dalam blog beliau terdapat soalan akhir gerko tahfiz 2013. En Wan menyuruh kami melayari lawan web ini: http://wmhazani.blogspot.com/
kami diberi masa untuk menghantar jawapan secara email selewat-lewatnya 14 Februari 2013.
Selain itu,En Wan turut mengingatkan kami bahawa minggu terakhir untuk meng'update' blog ini adalah pada minggu hadapan. Jadi,kami haruslah menyiapkan setiap refleksi mingguan kuliah kerana 50% markah akan diambil daripada hasil kerja kami dalam blog.

En Wan turut memberikan satu softcopy adobe photoshop iaitu Bengkel Photoshop Za'ba sebagai nota rujukan untuk peperiksaan tersebut. Notanya sangat lengkap dan mudah faham.En. Wan turut memberitahu bahawa minggu ada kelas dan merupakan kelas terakhir.
selesai~..^_^

MINGGU KE 11(30 JANUARI)

Pertemuan kali ini,En.Wan telah meyuruh kami menginstall semula adobe photoshop cs3 ke dalam semua komputer yang telah digunakan untuk menginstall windows 7 pada minggu lepas. Ini juga merupakan ujian amali. Ujian dijalankan selama 1 jam. Kemudian En Wan telah memberi tugasan mengenai ADOBE PHOTOSHOP CS3 yang juga merupakan ujian amali. Kami dikehendaki menyiapkan bunting. Sebagai rujukan,kami telah diberi softcopy bunting konvokesyen Marsah. Kami diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan tugasan tersebut.Sebelum habis kelas,En Wan telah meyuruh kami untuk membuat penerangan dengan lebih jelas tentang tools atau ikon-ikon adobe photoshop cs3 dalam blog masing-masing.

Berikut merupakan peralatan dan fungsi-fungsi adobe photoshop cs3:

1. Pelaras Toolbox
• Pengguna boleh melaraskan paparan toolbox ini sama ada secara 1 lajur atau 2

2. Versi Photoshop
• Memaparkan logo bagi versi yang sedang digunakan dan berbeza bagi setiap versi.

3. Marquee Tool
• Adalah alatan yang membenarkan pengguna untuk memilih sebahagian daripada gambar untuk diletakkan ke tempat lain atau dicantumkan dengan gambar yang lain.

4. Lasso Tool
• Alatan ini berfungsi sama seperti Marquee tool iaitu untuk menghasilkan pilihan (selection). Pengguna boleh memilih lebih banyak bahagian yang kompleks menggunakan lasso tool dan membuat pilihan bagi bentuk yang dikehendaki.

5. Crop Tool
• Sangat berguna untuk mengubah saiz bagi imej. Hanya bahagian imej yang dikehendaki sahaja di pillih. Imej akan di potong apabila pengguna menekan kekunci enter.

6. Healing Brush Tool
• Digunakan untuk membetulkan ketidak sempurnaan pada imej.

7. Clone Stamp Tool
• Digunakan untuk menyalin satu bahagian yang diperlukan dan digunakan pada bahagian yang lain.

8. Eraser Tool
• Berfungsi seperti pemadam yang digunakan untuk menghapuskan bahagian yang tidak dikehendaki.

9. Blur Tool
• Digunakan untuk mengaburkan imej apabila diperlukan.

10. Pen Tool
• Digunakan untuk membuat bentuk yang kompleks (sukar). Sukar untuk dikendalikan. Pengguna perlukan lebih banyak latihan dalam penggunaannya.

11.Path Selection Tool
• Digunakan untuk memilih path yang telah dihasilkan menggunakan pen tool.Pengguna boleh mengubah                                      bentuk yang dihasilkan dengan menggunakan Direct selection tool.

12. Notes Tool
• Digunakan untuk menambah nota atau audio pada bahagian‐bahagian imej sebagai rujukan. Sangat berguna  apabila anda bercadang untuk menggunakan kembali imej tersebut.

13. Hand Tool
• Boleh digunakan untuk menggerakkan kedudukan imej dalam keadaan zoom
• Kekunci

14. Color Picker
• Digunakan untuk memilih warna bagi latar dan hadapan.
• Warna hadapan digunakan pada berus dan pensil untuk mengisi paint bucket tool.
• Warna latar pula digunakan sebagai warna kedua (sekunder) yang akan digunakan apabila pengguna menghapuskan sesuatu pada layer background
• Warna latar dan hadapan akan digabungkan bersama dalam gradient menggunakan gradient tool.
• Kekunci Pintas:
o X (menukarkan warna hadapan dan latar)
o D (Reset warna hadapan dan latar kepada hitam dan putih)

15. Mode
• Standard mode secara umumnya digunakan sebagai default
• Quick mask mode lebih digunakan secara visual dalam menghasilkan pilihan, dan menambahkan efek kepadanya.

16. Screen Mode
• Digunakan untuk menukar paparan bagi workspace

17. Move Tool
• Digunakan untuk menggerakkan pilihan bagi imej, teks, sebahagian objek atau grafik yang dihasilkan pada sesuatu layer.

18. Magic Wand Tool
• Alatan ini digunakan untuk membenarkan pengguna memilih piksel ganjil dalam imej berdasarkan kepada kesamaan warnanya.

19. Slice Tool
• Digunakan untuk memotong / membahagikan imej kepada beberapa bahagian. Pengguna boleh menyimpan (save) bahagian tersebut sebagai halaman web walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam menggunakan HTML.

20. Brush / Pencil Tool
• Digunakan untuk melukis dan melakar.
• Terdapat beberapa pilihan yang berbeza bagi brushes yang boleh digunakan. Kesan brush ini biasanya digunakan untuk efek latar belakang .

21. History Brush Tool
• Membenarkan pengguna kembali kepada bahagian imej yang sebelumnya. Fungsinya sama seperti menggunakan undo yang terdapat pada menu Edit.

22. Paint Bucket / Gradient Tool
• Paint Bucket digunakan untuk mengisi warna atau corak pada kawasan yang luas bagi sesuatu imej.
• Gradient tool pula digunakan untuk mengaplikasikan gradient pada imej.


23. Dodge / Burn / Sponge Tool
• Digunakan untuk menampakkan ton bagi imej.
• Dodge akan mencerahkan imej
• Burn akan menggelapkan imej
• Sponge akan desaturates imej

24. Text Tool
• Digunakan untuk menambahkan teks pada imej.
• Terdapat 4 jenis tool yang boleh dipilih. (Klik kanan pada ikon)

25. Rectangle / Line/ Shape Tool
• Digunakan untuk melukis bentuk yang dipilih sama anda line,rectangle,ellipse,polygon dan sebagainya.

26. Eyedropper Tool
• Digunakan untuk memilih warna yang seakan sama dengan imej yang dalam ruangan kerja (workspace)

27. Zoom Tool
• Digunakan untuk mendapatkan gambaran lengkap bagi sesuatu imej secara membesarkan dan mengecilkan gambar tersebut

selesai~...^_^

Sabtu, 9 Februari 2013

MINGGU KE- 10

Pada pertemuan kali ini,kami menjalani ujian amali iaitu ujian amali install windows 7. Memang sukar pada mulanya kerana kami tidak ingat sangat cara nak install windows,tapi selepas diberi tunjuk ajar oleh En.Wan,semuanya berjalan dengan sangat lancar.

Berikut adalah cara-cara meninstall windows 7:
1) Masukkan CD(compact disc) ke dalam CD ROM.

2) Kemudian "restart" dan tekan kekunci "Del"iaitu kekunci paling hujung,atas dan disebelah kanan papan kekunci. Tekan kekunci ini dengan cepat untuk setting bios,jika tidak,ia akan hilang.
3) Kemudian tekan advance bios features. Kemudian tukar tempat Floppy Disc dengan Compact Disc.Ini bermakna bios akan membaca CD dulu. Kemudian tekan kekunci"F10" untuk menyimpan.
4) Kemudian ia akan restart secara automatik dan tekan mana-mana kekunci.
5) Setelah itu,akan muncul paparan iaitu"install windows",kemudian tekan "next" dan akan muncul paparan lain dan tekan "install now".
6) Proses akan mengambil masa selama 1 jam.
7) Akan muncul paparan aggrement dan tekan di kotak kecil. Seterusnya muncul paparan dan 
tekan advance(custom) dan tekan (Partition 2).

8)Seterusnya tekan "format" seterusnya "user", selepas ini,masukkan kod dan tekan"next",dan"ask me later"kalau menggunakan yang tidak original. Kemudian akan muncul paparan untuk set masa.

DAN SELESAI SUDAH CARA INSTALL WINDOWS..............
selamat mencuba~..^_^


Sabtu, 2 Februari 2013

30 januari 2013(minggu 9)

Pada minggu ini,kami dikejutkan dengan UJIAN AMALI.....ujian ini adalah ujian memasang atau cara-cara install komputer. Kami agak cemas pada masa itu kerana tiada siapa yang menjangkakan adanya ujian dan kami tetap menempuhnya dengan bersemangat!^_^.............
Dalam ujian amali ini,kami dikehendaki menerangkan tentang setiap komponen komputer dengan fungsi-fungsinya sekali. Setelah itu,kami harus menunjukkan cara pemasangannya dengan betul. Walaupun agak sukar ketika ujian itu nasib baik En Wan berbesar hati untuk menolong kami dengan memberikan sedikit klu. Terima kasih En. Wan..Setelah selesai ujian,kami diberitahu bahawa akan ada ujian bertulis dan amali adobe photoshop pada pertemuan-pertemuan yang akan datang. ^_^..............
Dan En Wan telah memberitahu bahawa tugasan yang diberikan (buat banner)dibatalkan dan digantikan dengan tugas baru iaitu kami dikehendaki menyiapkan poster secara individu.Dalam poster itu mestilah ada:
1)logo marsah
2)gambar pensyarah
3)gambar setiap pelajar gerko(It) tahfiz 1
4)moto setiap pelajar
5)no.matrik setiap pelajar
Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk menghantar poster ini dan ada hadiah yang ditawarkan kepada pemenang...^_^

Sekian sahaja untuk mingggu ini.....wslm...
Minggu ke 8..

Pada kali ini,kami diberi tugas untuk menyiapkan back drop majlis konvokesyen marsah. Pada mulanya memang agak sukar tetapi apabila diberi tunjuk ajar oleh En. Wan,semuanya dapat dilaksanakan dengan mudah.Alhamdulillah....^_^.

Kami diberi pendrive yang mana didalamnya terkandung beberapa imej yang perlu kami gunakan iuntuk menyiapkan backdrop itu. Setelah copy imej,kami cuba memasukkan dan mengedit imej menggunakan ikon-ikon adobe photoshop yang sedia ada.
Kerana tidak cukup masa,kami tidak sempat design backdrop tersebut dan disambung pada lain pertemuan.
Minggu ke 7
Pada minggu ini,tiada pertemuan diadakan kerana kami sedang cuti mid sem selama seminggu sahaja.
Proses pembelajaran akan diteruskan seperti biasa pada minggu yang akan datang. Hmmm.......
^_^

Minggu ke 6

Pada pertemuan kali ini,En.Wan telah memberi pengenalan tentang adobe photoshope dengan secara jelas. Kami telah belajar tentang cara-cara menggunakan setiap ikon yang ada dalam adobe photoshope dengan fungsi-fungsinya sekali.
Berikut merupakan satu video toturial yang akan mengajar cara menggunakan adobe photoshop dengan lebih jelas lagi....


video cara mengubah warna pada caver majalah menggunakan adobe photoshop:


selamat mencuba~!!