30 januari 2013(minggu 9)
Pada minggu ini,kami dikejutkan dengan UJIAN AMALI.....ujian ini adalah ujian memasang atau cara-cara install komputer. Kami agak cemas pada masa itu kerana tiada siapa yang menjangkakan adanya ujian dan kami tetap menempuhnya dengan bersemangat!^_^.............
Dalam ujian amali ini,kami dikehendaki menerangkan tentang setiap komponen komputer dengan fungsi-fungsinya sekali. Setelah itu,kami harus menunjukkan cara pemasangannya dengan betul. Walaupun agak sukar ketika ujian itu nasib baik En Wan berbesar hati untuk menolong kami dengan memberikan sedikit klu. Terima kasih En. Wan..Setelah selesai ujian,kami diberitahu bahawa akan ada ujian bertulis dan amali adobe photoshop pada pertemuan-pertemuan yang akan datang. ^_^..............
Dan En Wan telah memberitahu bahawa tugasan yang diberikan (buat banner)dibatalkan dan digantikan dengan tugas baru iaitu kami dikehendaki menyiapkan poster secara individu.Dalam poster itu mestilah ada:
1)logo marsah
2)gambar pensyarah
3)gambar setiap pelajar gerko(It) tahfiz 1
4)moto setiap pelajar
5)no.matrik setiap pelajar
Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk menghantar poster ini dan ada hadiah yang ditawarkan kepada pemenang...^_^
Sekian sahaja untuk mingggu ini.....wslm...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan