MINGGU KE 11(30 JANUARI)
Pertemuan kali ini,En.Wan telah meyuruh kami menginstall semula adobe photoshop cs3 ke dalam semua komputer yang telah digunakan untuk menginstall windows 7 pada minggu lepas. Ini juga merupakan ujian amali. Ujian dijalankan selama 1 jam. Kemudian En Wan telah memberi tugasan mengenai ADOBE PHOTOSHOP CS3 yang juga merupakan ujian amali. Kami dikehendaki menyiapkan bunting. Sebagai rujukan,kami telah diberi softcopy bunting konvokesyen Marsah. Kami diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan tugasan tersebut.Sebelum habis kelas,En Wan telah meyuruh kami untuk membuat penerangan dengan lebih jelas tentang tools atau ikon-ikon adobe photoshop cs3 dalam blog masing-masing.
Berikut merupakan peralatan dan fungsi-fungsi adobe photoshop cs3:
1. Pelaras Toolbox
• Pengguna boleh melaraskan paparan toolbox ini sama ada secara 1 lajur atau 2
2. Versi Photoshop
• Memaparkan logo bagi versi yang sedang digunakan dan berbeza bagi setiap versi.
3. Marquee Tool
• Adalah alatan yang membenarkan pengguna untuk memilih sebahagian daripada gambar untuk diletakkan ke tempat lain atau dicantumkan dengan gambar yang lain.
4. Lasso Tool
• Alatan ini berfungsi sama seperti Marquee tool iaitu untuk menghasilkan pilihan (selection). Pengguna boleh memilih lebih banyak bahagian yang kompleks menggunakan lasso tool dan membuat pilihan bagi bentuk yang dikehendaki.
5. Crop Tool
• Sangat berguna untuk mengubah saiz bagi imej. Hanya bahagian imej yang dikehendaki sahaja di pillih. Imej akan di potong apabila pengguna menekan kekunci enter.
6. Healing Brush Tool
• Digunakan untuk membetulkan ketidak sempurnaan pada imej.
7. Clone Stamp Tool
• Digunakan untuk menyalin satu bahagian yang diperlukan dan digunakan pada bahagian yang lain.
8. Eraser Tool
• Berfungsi seperti pemadam yang digunakan untuk menghapuskan bahagian yang tidak dikehendaki.
9. Blur Tool
• Digunakan untuk mengaburkan imej apabila diperlukan.
10. Pen Tool
• Digunakan untuk membuat bentuk yang kompleks (sukar). Sukar untuk dikendalikan. Pengguna perlukan lebih banyak latihan dalam penggunaannya.
11.Path Selection Tool
• Digunakan untuk memilih path yang telah dihasilkan menggunakan pen tool.Pengguna boleh mengubah bentuk yang dihasilkan dengan menggunakan Direct selection tool.
12. Notes Tool
• Digunakan untuk menambah nota atau audio pada bahagian‐bahagian imej sebagai rujukan. Sangat berguna apabila anda bercadang untuk menggunakan kembali imej tersebut.
13. Hand Tool
• Boleh digunakan untuk menggerakkan kedudukan imej dalam keadaan zoom
• Kekunci
14. Color Picker
• Digunakan untuk memilih warna bagi latar dan hadapan.
• Warna hadapan digunakan pada berus dan pensil untuk mengisi paint bucket tool.
• Warna latar pula digunakan sebagai warna kedua (sekunder) yang akan digunakan apabila pengguna menghapuskan sesuatu pada layer background
• Warna latar dan hadapan akan digabungkan bersama dalam gradient menggunakan gradient tool.
• Kekunci Pintas:
o X (menukarkan warna hadapan dan latar)
o D (Reset warna hadapan dan latar kepada hitam dan putih)
15. Mode
• Standard mode secara umumnya digunakan sebagai default
• Quick mask mode lebih digunakan secara visual dalam menghasilkan pilihan, dan menambahkan efek kepadanya.
16. Screen Mode
• Digunakan untuk menukar paparan bagi workspace
17. Move Tool
• Digunakan untuk menggerakkan pilihan bagi imej, teks, sebahagian objek atau grafik yang dihasilkan pada sesuatu layer.
18. Magic Wand Tool
• Alatan ini digunakan untuk membenarkan pengguna memilih piksel ganjil dalam imej berdasarkan kepada kesamaan warnanya.
19. Slice Tool
• Digunakan untuk memotong / membahagikan imej kepada beberapa bahagian. Pengguna boleh menyimpan (save) bahagian tersebut sebagai halaman web walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam menggunakan HTML.
20. Brush / Pencil Tool
• Digunakan untuk melukis dan melakar.
• Terdapat beberapa pilihan yang berbeza bagi brushes yang boleh digunakan. Kesan brush ini biasanya digunakan untuk efek latar belakang .
21. History Brush Tool
• Membenarkan pengguna kembali kepada bahagian imej yang sebelumnya. Fungsinya sama seperti menggunakan undo yang terdapat pada menu Edit.
22. Paint Bucket / Gradient Tool
• Paint Bucket digunakan untuk mengisi warna atau corak pada kawasan yang luas bagi sesuatu imej.
• Gradient tool pula digunakan untuk mengaplikasikan gradient pada imej.
23. Dodge / Burn / Sponge Tool
• Digunakan untuk menampakkan ton bagi imej.
• Dodge akan mencerahkan imej
• Burn akan menggelapkan imej
• Sponge akan desaturates imej
24. Text Tool
• Digunakan untuk menambahkan teks pada imej.
• Terdapat 4 jenis tool yang boleh dipilih. (Klik kanan pada ikon)
25. Rectangle / Line/ Shape Tool
• Digunakan untuk melukis bentuk yang dipilih sama anda line,rectangle,ellipse,polygon dan sebagainya.
26. Eyedropper Tool
• Digunakan untuk memilih warna yang seakan sama dengan imej yang dalam ruangan kerja (workspace)
27. Zoom Tool
• Digunakan untuk mendapatkan gambaran lengkap bagi sesuatu imej secara membesarkan dan mengecilkan gambar tersebut
selesai~...^_^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan