Minggu ini merupakan minggu terakhir dalam kelas gerko IT 2013.Kelas diadakan selama 2 jam iaitu dari jam 3-5 petang. Pada pertemuan kali ini,En. Wan bercadang untuk menentukan pemenang bagi pertandingan poster yang telah dianjurkan oleh beliau pada 2 minggu yang lepas. Hadiah yang ditawarkan sebanyak tiga kedudukan.Tempat pertama,kedua dan ketiga. Keputusan pertandingan ditentukan berdasarkan undian dari kami sendiri. Setiap orang boleh mengundi sebanyak 2 kali. Sebanyak 7 poster yang dipertandingkan. Sepatutnya 9 poster,tetapi disebabkan kelewatan 2 orang untuk menyiapkan poster tersebut,maka hanya 7 sahaja yang dipertandingkan....siapa agaknya yang mendapat tempat pertama,kedua mahupun yang ketiga?...hmmm....^-^
En Wan telah memberi tugas kepada siti umairah samsudin sebagai juri pertandingan iaitu setelah kami mengundi poster. Setelah selesai mengundi,masa yang ditunggu-tunggukan telah pun tiba.....hehe.. dan keputusannya ialah....
Tempat Pertama:RUZATUL ZUHAIRAH RASHIDI(PENDRIVE 16 GB)
Tempat Kedua: ADIBAH IZZATI AS'AD (HEADPHONE)
Tempat Ketiga: NURUL AMIRAH BINTI HASSAN...sayalah orang nya....saya dapat mouse(intelli mouse optical)..cantik mouse tu...
sebelum habis kelas,En Wan telah berpesan kepada semua untuk menyiapkan blog kerana pada minggu hadapan beliau akan mengambil markah setiap hasil kerja dalam blog.....
Akhir sekali,,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Wan atas tunjuk ajar yang sangat bernilai buat kami sekelas.
Dan kami memohon kemaafan sekiranya sepanjang sem ini berlaku sebarang kesilapan dalam sesi pembelajaran gerko IT.
WASSALAM~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan